Tuesday 13 February 2018

WATIKAH PELANTIKAN 2018

Pada 5 Feb 2018, terdapat seramai 16 skuad spbt di sesi pagi manakala di sesi petang terdapat seramai 11 orang skuad spbt yang terlibat dengan acara watikah pelantikan pada tahun ini. Watikah pelantikan pada tahun ini hanya melibatkan 6 jawatankuasa tertinggi iaitu pengerusi, naib pengerusi, setiausaha, penolong setiausaha, bendahari, penolong bendahari dan juga ahli baru.


Sesi Pagi 2018

Sesi Petang 2018
Badan perkhidmatan yang terlibat adalah pengawas sekolah, pengawas pss,pembimbing rakan sebaya, skuad spbt, jurujual koperasi, skuad denggi, rakan surau, skuad pencegah jenayah, pemimpin muda kokurikulum, pemimpin muda sukan, quarter master dan juga majlis ketua tingkatan
PELANCARAN PROGRAM AKU JANJI SPBT 2018

Pada 12 Feb 2018, SPBT Kota Kemuning telah menjalankan pelancaran program 'aku janji' yang diketuai oleh Muhammad Afeq Akmal dari sesi pagi dan juga Muhammad Qiyammullah dari sesi petang. Program ini juga melibatkan pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan lima supaya murid dapat menjalankan rasa tanggungjawab sebagai peminjam buku teks dan juga menjaga buku teks dengan baik seperti membalut buku, tidak menconteng buku teks dan sebagainya.


Pelajar sesi pagi yang terlibat sepanjang program 'aku janji' berlangsung





Pelajar sesi petang yang terlibat sepanjang program 'aku janji' berlangsung