Tuesday 13 February 2018

WATIKAH PELANTIKAN 2018

Pada 5 Feb 2018, terdapat seramai 16 skuad spbt di sesi pagi manakala di sesi petang terdapat seramai 11 orang skuad spbt yang terlibat dengan acara watikah pelantikan pada tahun ini. Watikah pelantikan pada tahun ini hanya melibatkan 6 jawatankuasa tertinggi iaitu pengerusi, naib pengerusi, setiausaha, penolong setiausaha, bendahari, penolong bendahari dan juga ahli baru.


Sesi Pagi 2018

Sesi Petang 2018
Badan perkhidmatan yang terlibat adalah pengawas sekolah, pengawas pss,pembimbing rakan sebaya, skuad spbt, jurujual koperasi, skuad denggi, rakan surau, skuad pencegah jenayah, pemimpin muda kokurikulum, pemimpin muda sukan, quarter master dan juga majlis ketua tingkatan
PELANCARAN PROGRAM AKU JANJI SPBT 2018

Pada 12 Feb 2018, SPBT Kota Kemuning telah menjalankan pelancaran program 'aku janji' yang diketuai oleh Muhammad Afeq Akmal dari sesi pagi dan juga Muhammad Qiyammullah dari sesi petang. Program ini juga melibatkan pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan lima supaya murid dapat menjalankan rasa tanggungjawab sebagai peminjam buku teks dan juga menjaga buku teks dengan baik seperti membalut buku, tidak menconteng buku teks dan sebagainya.


Pelajar sesi pagi yang terlibat sepanjang program 'aku janji' berlangsung





Pelajar sesi petang yang terlibat sepanjang program 'aku janji' berlangsung


Sunday 1 October 2017

LAMAN SPBT KOTA KEMUNING

Pada setiap tahun pihak spbt akan mengadakan projek bagi meningkatkan lagi pengurusan dan aktivit spbt Kota Kemuning. Laman spbt merupakan salah satu projek bagi meningkatkan mutu kualiti spbt supaya membangun seiring dengan pencapaian sekolah. 

Sebelum proses menaikkan taraf laman spbt

Laman spbt baru


AKTIVITI INOVASI SPBT 2017

Pada minggu lepas pihak spbt telah melakukan beberapa inovasi bagi meningkatkan kualiti pengurusan spbt. Aktiviti ini telah dilakukan oleh beberapa guru spbt iaitu Pn. Shofiah, Pn. Siti Mariam dan diketuai oleh pentadbir iaitu Pn. Fa'zah. Berikut merupakan aktiviti inovasi yang dilakukan.

Kotak cadangan

Pn fa'zah dan Pn.  Shofiah turut serta dalam aktiviti inovasi

Hiasan yang dihias oleh Pn. Siti Mariam



Monday 11 September 2017

AKTIVITI PELUPUSAN BUKU TEKS


Pada bulan Ogos yang lepas,  pihak spbt telah menjalankan aktiviti pelupusan buku teks yang tidak digunakan. Aktiviti ini melibatkan skuad dan guru spbt.

Puan fa'zah kasim bersama puan shofiah dalam menguruskan buku pelupusan. 

Sesi melupuskan buku bersama skuad spbt

PELANCARAN MINGGU SPBT 2017

Pada bulan April pihak spbt sekolah telah melancarkan minggu spbt. Sepanjang minggu spbt terdapat pelbagai aktiviti yang dilakukan di sekolah.

      Acara diuruskan oleh oleh pn shofiah

    Persembahan nyanyian daripada pelajar

Sepanjang minggu spbt ini terdapat pelbagai aktiviti yang dilakukan seperti klinik spbt perkhidmatan membalut buku teks oleh skuad sbpt. Terdapat juga aktiviti lain seperti pertandingan kuiz.
      Pelajar sedang menjawab soalan kuiz

Pertandingan mencipta penanda buku



PELANCARAN PROGRAM AKUJANJI 2017

Pada awal tahun 2017 , spbt kota kemuning telah menjalankan pelancaran aku janji di mana melibatkan pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan lima.  Program ini dilakukan supaya murid dapat menjalankan rasa tanggungjawab sebagai peminjam buku teks dan menjaga buku teks dengan baik.